Saya rasa sungguh bertuah kerana dilahirkan pada tahun 90an. Walaupun pengalaman pada zaman kelahiran saya tidak lah sangat ekstream. Tapi cukup untuk saya mencipta memori yang saya tak akan lupakan. Bermula dari saya sekolah rendah di SK ULU PEDANUM Pakan, dimana saya hanya tinggal dengan datuk saya sahaja kerana ibu bapa saya yang bekerja di Sibu. Walaupun kedengaran dekat, tapi Sibu pada ketika itu mengambil masa yang agak lama untuk kesana. Saya bersekolah dengan tinggal di asrama dan hanya akan pulang ke rumah panjang setiap 2 minggu sekali dengan berjalan kaki untuk pulang ke rumah panjang. Dengan berbekalkan 50sen dalam masa 2 minggu sepanjang berada di sekolah.
Gambar ini diambil ketika umur saya berusia 7 tahun. |
Disitu lah segala nya bermula dimana saya mula menceburi bidang kontraktor, walaupun saya tak pernah lansung pun terfikir untuk minat dan cuba untuk menceburi bidang itu, kerana bagi saya sebelum ini, kontraktor ini hanya dapat dilakukan oleh lelaki, mustahil untuk wanita dapat menceburi bidang tersebut. Siapa sangka saya juga semakin cinta dengan apa yang saya lakukan. Benar lah kata pepatah melayu mengatakan "tak kenal, maka tak cinta".
Salah satu projek yang saya pernah lakukan~baik pulih rumah |
Mungkin setakat ini sahaja pengenalan daripada saya, cukup lah sekadar untuk saya mengimbas kembali apa yang saya telah lalui sepanjang 25 tahun. Dan saya mengharapkan yang lebih indah dan baik pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment