Thursday, July 12, 2018

Ngepan Iban Di Sarawak

Seperti kaum lain, kaum iban juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri lebih-lebih lagi dari segi budaya dan gaya hidup. Di Sarawak kaum iban merupakan majoriti lebih daripada 30% daripada jumlah peratusan penduduk di Sarawak. Kaum Iban merupakan kaum yang paling dominan di Sarawak samada dari segi penentuan pengaruh politik dan sebagainya.

Pada penulisan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai pakaian masyarakat iban. Pakaian tradisional perempuan bagi kaum iban sangat unik dan asal-usul pakaian tradisional iban ini bermula dari seorang wanita yang bergelar Kumang. Menurut lagenda, Kumang merupakan wanita yang sangat cantik dan baik di dalam kalangan wanita iban terdahulu, bukan sekadar cantik, kumang juga pandai dalam membuat sebarang kerja seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Kemahiran yang ada pada kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban.

Lengkap dengan perhiasan tembaga, perak, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini. Cara pemakaian ngepan indu iban ini biasanya mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan.

Ngepan iban juga mempunyai kelainan bagi setiap daerah. Berikut saya sertakan contoh ngepan iban mengikut daerah.







No comments:

Post a Comment

Trip Ke Kubu Rentap Pakan~Sarawak

Selamat Kembali ke blog saya yang tak seberapa ini, kali ini saya akan menceritakan Trip ke Kubu Rentap. Trip ini sebenarnya dilakukan p...