Friday, July 13, 2018

Trip Ke Kubu Rentap Pakan~Sarawak


Selamat Kembali ke blog saya yang tak seberapa ini, kali ini saya akan menceritakan Trip ke Kubu Rentap. Trip ini sebenarnya dilakukan pada 27 Ogos 2017, dan saya ingin berkongsi dengan pembaca gambar-gambar sepanjang pejalanan kami ke sana.

Perjalanan menaiki bukit ke Kubu Rentap

Team saya๐Ÿ˜
Walaupun perjalanan menaiki bukit agak jauh, mengambil gambar adalah satu benda yang wajib.


Sejarah Rentap ada ditulis pada batu peringatan ini, akan tetapi iyanya semakin pudar kerana tidak diselenggara dan dijaga dengan baik.




Salah satu tempat sebelum tiba di Kubu Rentap







SIAPA SAYA

Hai, disini saya ingin membuat biodata ringkas tentang diri saya.


me~now 2018
Nama                : Sophia Anak Sandai
No Matrik        : 258394 (UUM SIBU)
Tarikh Lahir     : 28 Mac 1993
Tempat Lahir   : Klinik Desa Pakan
Hobi                 : Melayari internet / Bermain Game
Kerjaya            : Bekerja Sendiri (construction Work)

Ok sekian..๐Ÿ˜ผ

Memory is a way of holding on to the things you love, the things you are, the things you never want to lose.~quotensmile

lets me share my memory with you~๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡

Kepu generation-Gawai tahun 2018


 

sebagai penganut agama kristian, "BASU PALA" merupakan sesuatu yang dianggap wajib dan ini memerupakan salah satu memori yang akan saya ingat sampai bila-bila.

BFF~Pertemuan selepas 3 tahun tak bertemu





Thursday, July 12, 2018

Ngepan Iban Di Sarawak

Seperti kaum lain, kaum iban juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri lebih-lebih lagi dari segi budaya dan gaya hidup. Di Sarawak kaum iban merupakan majoriti lebih daripada 30% daripada jumlah peratusan penduduk di Sarawak. Kaum Iban merupakan kaum yang paling dominan di Sarawak samada dari segi penentuan pengaruh politik dan sebagainya.

Pada penulisan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai pakaian masyarakat iban. Pakaian tradisional perempuan bagi kaum iban sangat unik dan asal-usul pakaian tradisional iban ini bermula dari seorang wanita yang bergelar Kumang. Menurut lagenda, Kumang merupakan wanita yang sangat cantik dan baik di dalam kalangan wanita iban terdahulu, bukan sekadar cantik, kumang juga pandai dalam membuat sebarang kerja seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Kemahiran yang ada pada kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban.

Lengkap dengan perhiasan tembaga, perak, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini. Cara pemakaian ngepan indu iban ini biasanya mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan.

Ngepan iban juga mempunyai kelainan bagi setiap daerah. Berikut saya sertakan contoh ngepan iban mengikut daerah.







Salam Perkenalan

Salam perkenalan dari saya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini. Nama saya Sophia Anak Sandai, tapi keluarga dan rakan-rakan memanggil saya 'mek' dimana 'mek' bermaksud kecil bagi orang iban. Saya dilahirkan pada 28 Mac 1993 di Klinik Desa Pakan Sarawak. 

Saya rasa sungguh bertuah kerana dilahirkan pada tahun 90an. Walaupun pengalaman pada zaman kelahiran saya tidak lah sangat ekstream. Tapi cukup untuk saya mencipta memori yang saya tak akan lupakan. Bermula dari saya sekolah rendah di SK ULU PEDANUM Pakan, dimana saya hanya tinggal dengan datuk saya sahaja kerana ibu bapa saya yang bekerja di Sibu. Walaupun kedengaran dekat, tapi Sibu pada ketika itu mengambil masa yang agak lama untuk kesana. Saya bersekolah dengan tinggal di asrama dan hanya akan pulang ke rumah panjang setiap 2 minggu sekali dengan berjalan kaki untuk pulang ke rumah panjang. Dengan berbekalkan 50sen dalam masa 2 minggu sepanjang berada di sekolah. 



Gambar ini diambil ketika umur saya berusia 7 tahun.


Pada tahun 2006 saya mula memasuki sekolah menengah di SMK MERADONG sehingga lah tahun 2010. Saya tidak melanjutkan pelajaran lagi atas masalah kewangan. Saya terus bekerja dari kerja sambilan di kafe hotel, bekerja di kedai pakaian sehingga lah saya mendapat kerja di Kem PLKN Junaco Park sibu. Tetapi saya hanya bekerja di situ selama 3 tahun dan saya kembali bekerja di salah satu syarikat kontraktor yang lebih dekat dengan kampung saya.

Disitu lah segala nya bermula dimana saya mula menceburi bidang kontraktor, walaupun saya tak pernah lansung pun terfikir untuk minat dan cuba untuk menceburi bidang itu, kerana bagi saya sebelum ini, kontraktor ini hanya dapat dilakukan oleh lelaki, mustahil untuk wanita dapat menceburi bidang tersebut. Siapa sangka saya juga semakin cinta dengan apa yang saya lakukan. Benar lah kata pepatah melayu mengatakan "tak kenal, maka tak cinta".


Salah satu projek yang saya pernah lakukan~baik pulih rumah
Bukan hanya menceburi bidang kontraktor, saya juga salah seorang rekrut askar wataniah, Bagi saya tidak salah untuk kita cuba mengaktifkan diri untuk negara daripada hanya membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah.

Mungkin setakat ini sahaja pengenalan daripada saya, cukup lah sekadar untuk saya mengimbas kembali apa yang saya telah lalui sepanjang 25 tahun. Dan saya mengharapkan yang lebih indah dan baik pada masa akan datang. 


Latihan Kem Tahunan 2017

Trip Ke Kubu Rentap Pakan~Sarawak

Selamat Kembali ke blog saya yang tak seberapa ini, kali ini saya akan menceritakan Trip ke Kubu Rentap. Trip ini sebenarnya dilakukan p...